Dengan nama Allah juga saya menulis blog ni, dialah tuhan yg pemurah dlm negeri dunia ini, akan segala hambanya Islam dan kafir, manusia dan jin dan sekelian binatang dan lainnya, dialah yg memberi rezki dan lagi dialah tuhan mengasihani hambanya yg beriman dalam negeri akhirat esok, kelak.
Segala puji itu bagi Allah jua, tuhan yang nyata ia, dengan sebab tebalnya dindingnya bagi segala makhluknya ini, dan tebal tabirnya dan sembunyi ia dengan sebab nyata nya iaitu segala perintah takluk qudrat dan iradatnya pada segala mungkin ini dan rahmat Allah dan salamnya atas pesuruhnya nabi Muhammad dan atas keluarganya dan sahabat sekelian
Setengah dari faedah bg org yg menuntut ilmu usul ialah utk mendapat hal yg tiada dapat, tiada drpd segala sempurna iman drpd islam
La hawlawala....tiada ia meninggalkan berbuat maksiat itu melainkan dgn pelihara Allah dan tiada upaya berbuat taat melainkan dgn pertolongan Allah, tuhan yg tinggi lagi yg maha besar, dialah tuhan yg menunjuk kita akan Islam. Dan rahmat Allah dan salamnya atas nabi, dgn dialah, kita ditunjuki Allah taala.
Allah nama bagi zat yg wajibal wujud yg bersifat ia dengan segala sifat kesempurnaan
Nama Allah itu khusus pd lafaznya dan khusus pada maknanya kerana lafaz nya itu tertentu ia nama bagi tuhan kita yg mnjadikn sekelian alam dan haram menamai ia degan yg lain. Pada empunyanya nama yg tertentu bagi zat yg wajib wujud yg bersifat ia dgn segala sifat kesempurnaan dan iaitu sifat nafsiah,salbiah, maani, maknawiah dan yg menghimpunkan nama zat, nama segala sifat dan afaalnya.
No comments:
Post a Comment